Peperiksaan SPM Datang Lagi!
Alhamdulillah pada tahun 2016 telah bermula SPM pada 7 November yang lalu dengan kertas Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual. Tinggal 29 hari lagi hingga kertas terakhir SPM 2016 iaitu English for Science and Technology pada 6 Disember 2016.
Selain daripada sokongan moral, ibubapa juga boleh memberikan sokongan dalam bentuk spiritual yang boleh membantu anak2 menduduki peperiksaan dengan tenang. Disini kami ingin berkongsi tips2 yang baik buat ibu bapa yang mempunyai anak2 yang sedang menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.
1. Berpuasa sunat pada hari anak2 menduduki peperiksaan
Antara doa yang paling dimakbulkan Allah adalah doa ibubapa. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbul oleh Allah.
2. Lakukan solat sunat taubat dan hajat
Allah amat suka hambaNya yang seringkali bertaubat, lebih-lebih lagi yang suka memohon hajat. Doanya pasti akan ikhlas.
3. Baca Quran dan hadiahkan pahala kepada anak
Baca Quran dan pahalanya dihadiahkan kepada anak agar tenang hati dan tenang fikiran
4. Lakukan solat dhuha
Solat Dhuha umum untuk meminta Allah membuka pintu rezeki. Doa setelah solat Dhuha agar pintu rezeki anak2 dibuka dan mudah menjawab peperiksaan
5. Berterusan berzikir dan berdoa
Allah akan mengingati hambaNya yang banyak mengingatiNya. Justeru akan dimudahkan segala urusan dan dimakbulkan doa.
6. Hantar gelombang positif kepada anak
Ini adalah maksud kepada “Law of Attraction”. Kita yakin dan bayangkan yang positif. Bayangkan wajah anak dan yakin dia dapat menjawab dengan baik.
Kami di comfori ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2016!
0 comments:
Post a Comment