Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja





Kursus ini diadakan khusus untuk memberi penerangan, penekanan, pendedahan dan pemakaian mengenai perkara-perkara penting di dalam Undang-undang Buruh di Malaysia. Ianya merupakan asas utama di dalam hubungan antara pekerja dan majikan. Setiap Penyelia, Eksekutif dan Pengurus  bukan sahaja perlu tahu Undang-undang Buruh tetapi juga perlu mahir akan pemakaian udang-undang tersebut. Dengan kemahiran yang dimiliki, ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan mereka di dalam pengurusan pekerja. Selain dari itu kod amalan juga diketengahkan di dalam program ini bagi memudahkan mengurus pekerja selaras dengan kehendak-kehendak pihak berkuasa. Dengan itu, produktiviti akan dapat ditingkatkan dan dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni. Pada masa yang sama, para peserta akan di dedahkan dengan tatacara dan prosedur Mahkamah Tenaga Kerja dan Mahkamah Perusahaan.

Objektif bagi kursus ini adalah untuk mengetahui sejarah undang-undang buruh di Malaysia,memahami peruntukan-peruntukan penting di dalam kontrak perkhidmatan,menyedari dan dapat mengambil tindakan jika terdapat pemecahan kontrak,menghalusi peruntukan-peruntukan berkenaan upah dan KLM dan mengetahui peruntukan-peruntukkan utama di dalam syarat-syarat perkhidmatan untuk pekerja.

Antara peserta-peserta kursus yang lepas :


Bagi mendapatkan maklumat lanjut,sila hubungi Encik Adam Shawal di talian 03-56213630 ( Ext 507 ) atau layari emel info@comfori.com


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment