Zakat pendapatan Wajib atau Tidak - By Comfori Sdn Bhd



Sebelum kita mengupas isu yang berkaitan dengan zakat pendapatan, kita harus fahami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan zakat. Dari segi bahasa, zakat bermaksud "bersih", "suci", atau "berkembang". Dari segi syarak pula, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya.

Zakat pendapatan pula membawa maksud zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional. Perlunya seseorang itu mengeluarkan zakat pendapatan adalah dengan niat untuk menyucikan pendapatan gaji, komisyen, upah, bonus dan lain-lain. Dengan membayar zakat, ianya dapat membersihkan hati seseorang supaya sentiasa membantu orang lain yang dalam kesusahan.


Seperti yang kita ketahui, zakat merupakan salah satu daripada rukun islam. Ibadah zakat ini diwajibkan kepada setiap orang islam apabila cukup syarat-syaratnya. Syarat-syarat seseorang itu wajib zakat ialah:-

1) Orang yang beragama islam

2) Merdeka yang bermaksud bukan hamba abdi pada seorang manusia yang lain

3) Sempurna milik yang bermaksud harta simpanan itu disimpan oleh seseorang pada masi kini yang mana orang itu bukan hamba abdi

4) Cukup nisab dimana paras nilai minimum seseorang sama ada akan dikenakan zakat atau tidak. Di Malaysia, nisab ditentukan bersamaan dengan 85 gram iantu bergantung pada harga emas semasa

5) Cukup haul dimana harta yang disimpan genap selama setahun


Terdapat dua kaedah mengira pendapatan zakat, sila layari www.zakat.com.my untuk rujukan anda.

Mengapa saya kongsikan tentang zakat pendapatan ini kepada semua? Ini kerana tidak semua tahu tentang zakat pendapatan ini. Yang selalu kita dengar ilah zakat fitrah yang dibayar pada bulan Ramadhan. Pentingnya untuk kita tahu tentang zakat pendapatan ini supaya dapat kita sucikan harta kita dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada kita untuk berkongsi nikmat kesenangan ini kepada mereka yang memerlukan.

Hari ini, terdapat ramai orang yang diluar sana tidak bernasib baik. Kegawatan ekonomi dan peluang pekerjaan yang sangat tipis menyebabkan ramai orang hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Tidak kurang juga mereka yang ditimpa bencana seperti banjir besar, tanah runtuh dan sebagainya.

Mungkin dengan nilai zakat pendapatan itu sendiri dapat mngubah kehidupan mereka menjadi yang lebih baik.
In Syaa Allah...



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment