Date: 20th April By:
Aishah Musa
PENGENALAN
Dalam
keadaan persaingan dan cabaran pasaran yang semakin kompetitif, adalah penting
untuk membina pendekatan inovatif dan proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan
organisasi yang bertaraf dunia. Atas tujuan berkenaan, sudah tiba masanya untuk
kita menilai dan melaksanakan kemajuan pada sistem fail, rekod dan pengurusan
pejabat yang efektif.
Kursus ini akan memastikan kakitangan pentadbiran akan menjadi lebih cekap dan berkeyakinan di dalam kerja mereka dan dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti pentadbiran organisasi. Peserta juga akan didedahkan kepada pelbagai maklumat serta rahsia untuk menjadi pekerja yang berhemah tinggi.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya amalan pengurusan rekod yang baik dipejabat masing-masing
- Mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan rekod agensi masing-masing
- Mempertingkatkan fahaman dalam pengurusan rekod secara teori dan praktikal yang akan membolehkan pelaksanaan dan tanggungjawab terhadap rekod di agensi masing-masing
- Meningkatkan lagi kemahiran memproses rekod-rekod khususnya dalam mengendalikan rekod-rekod di peringkat penyusunan, penyimpanan, penjagaan dan pelupusan rekod
- Memperbaiki dan mengurangkan masa mengesan rekod/maklumat serta dapat memberi maklumat dengan cepat dan tepat
- Meningkatkan kecekapan dan imej agensi masing-masing
KANDUNGAN
KURSUS
Modul
1: Praktis dan Amalan dalam Pengurusan Rekod
Modul
2: Operasi Fail
Modul
3: Ciri-Ciri Tempat Menyimpan Keselamatan Rekod yang Baik
Modul
4: Perundangan dalam Pengurusan Rekod
Modul
5: Kawalan Keselamatan Rekod
Modul
6: Peringkat Akhir Pengurusan Rekod/Pelupusan Rekod Tidak Aktif
Modul
7: Perundangan/Peraturan
Modul
8: Akta Arkib Negara
Modul
9: Sesi Latihamal
SIAPA YANG
PATUT HADIR
- Pegawai Tadbir
- Pembantu Tadbir
- Pembantu Peribadi
- Setiausaha
- Kerani
- Staf Sokongan
- Kerani Fail
- Penyelia Fail
0 comments:
Post a Comment