Anda rasa mengantuk dan tidak bermaya di waktu pagi? Ini caranya untuk memastikan anda sentiasa fokus - By Comfori Sdn Bhd




Tips untuk sentiasa fokus di pagi hari

Seringkali kita membahaskan pada setiap pagi terutamanya di tempat kerja agar kita sentiasa fokus dengan apa yang kita buat. Untuk memastikan kita fokus terhadap  sesuatu pekerjaan, kita perlu pastikan kekuatan otak itu sendiri.

Ramai ilmuwan yang membahaskan tentang kepentingan otak dan cara untuk menguatkan otak agar otak dapat bekerja dengan baik. Kekuatan otak tidak mempengaruhi usia seseorang.

Selalunya waktu pagi adalah waktu yang terbaik untuk meningkatkan kecergasan otak seseorang. Mengikut kajian para saintis, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kecerdasan otak, antaranya:-


Gambar daripada "Memimpin dengan otak"

1) Mandi di waktu pagi

Adalah penting untuk semua orang sentiasa mandi di waktu pagi agar pengaliran darah di dalam otak berjalan dengan lancar. Ini kerana pori di kepala di waktu pagi terbuka dan memudahkan air menyerap di kepala. Mengikut cara Islam, mandi sebelum subuh itu lebih naik dimana seseorang akan nampak lebih berseri dan segar sepanjang hari.

2) Mendengar muzik

Selain mandi di waktu pagi, muzik boleh dijadikan sebagai terapi untuk mengekalkan kekuatan otak itu sendiri. Muzik dapat menghilangkan stress dan juga dapat memberikan sesuatu tenaga yang cukup supaya otak kita sentiasa aktif dalam berfikir, menganalisis, dan menghasilkan pemikiran yang sihat. Tidak semua muzik boleh menguatkan otak, hanya muzik yang menenagkan sahaja.

3) Minum kopi

Kita sentiasa diberitahu kopi adalah minuman yang berkafein dan tidak sihat. Sebenarnya itu bergantung kepada kuantiti minuman yang diambil. Minum kopi di waktu pagi sebenarnya dapat meningkatkan memori seseorang. Kalau tak percaya, cuba minum kopi di waktu pagi. Anda akan merasa kelainananya.

4) Bersarapan

Berdasarkan kajian daripada doktor, seeloknya kita bersarapan di waktu pagi. Bagi mereka
yang dalam proses menjaga kesihatan dengan baik dalam erti kata yang lain ialah diet, seseorang itu jangan pernah meninggalkan sarapan. Ini kerana pada waktu itu asid di dalam perut bertambah untuk proses pencernaan. Jika seseorang itu tidak bersarapan, dikhuatiri akan terkena gastrik.

5) Tidur yang cukup

Untuk pastikan otak kita sentiasa cerdas, kita harus pastikan agar tidur kita sentiasa cukup. Mengikut kajian, tidur yang cukup (7-8 jam) setiap malam dapat membuat otak seseorang itu berfungsi dengan baik. Ini kerana otak perlukan rehat yang cukup.














CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment