Motor-motor elektrik yang gagal berfungsi perlu digantikan. Ia memerlukan satu tempoh jangka masa yang panjang bagi penggantian motor. Kegagalan motor mungkin punca masalah kegagalan motor, tetapi lebih berkemungkinan bahawa punca masalah yang sebenar melibatkan litar kawalan.
Kursus ini adalah direkabentuk bagi membantu para peserta mengenal pasti isu-isu sebenar yang menyebabkan kerosakan motor dan mengetahui cara-cara untuk mencegah kerosakan berulang sekali lagi. Kursus ini juga melibatkan pemahaman kawalan motor dan binaan motor serta bertujuan untuk menyediakan para peserta dengan kemahiran khusus untuk motor elektrik supaya syarikat dapat menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan.
Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan dapat:
- mengenalpasti jenis-jenis motor elektrik dan aplikasi-aplikasinya
- teknik pengujian dan pengesanan kerosakan motor elektrik
- mengganti dan memilih sebuah motor elektrik
- penjagaan dan penyelenggaraan motor dengan sempurna
- mengenalpasti dan memahami simbol - simbol yang digunakan dalam lukisan litar kawalan motor
- menggunakan pendekatan logik dan sistematik bagi merumuskan masalah motor elektrik
- mencari dan menyelesaikan masalah litar kawalan motor
Kursus ini direkabentuk bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami keperluan-keperluan dan untuk kefahaman mengenai mesin-mesin elektrik dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan di loji-loji industri dan pembinaan kemudahan-kemudahan besar, dari bidang:
- loji perkilangan
- bangunan komersial
- hospital
- fasiliti sisa kumbahan
- sekolah dan institut pembelajaran
- bangunan kerajaan
- fasiliti penyelidikan
- pusat membeli-belah
- bangunan pangsapuri
- penyelenggaraan motor elektrik
0 comments:
Post a Comment