Untuk menjamin kelancaran operasi kerja sememangnya memerlukan sokongan sumber bahan, peralatan, perkakasan, mesin dan jentera, maka tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah organisasi itu perlu memegang atau menyimpan stok. Hampir tiga puluh peratus belanja mengurus sesebuah organisasi melibatkan perolehan barang-barang atau stok. Stok yang disimpan memerlukan sistem pengurusan bekalan yang efektif lagi efisyen berasaskan prinsip 6R supaya tidak berlaku pembaziran
dan kerugian kepada wang yang dilabur oleh organisasi.
Ramai di antara kita menyedari dan mengakui bahawa pengurusan modal yang terikat dalam bentuk stok adalah amat penting dan kritikal, namun dari segi realitinya ternyata sekali urusan mengurus stok dan rumah stor keutamaannya agak terkebelakang jika dibandingkan dengan lain-lain aktiviti pengurusan organisasi.
Lanjutan daripada kekurangan pemerhatian pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab ke atas aktiviti pengurusan stor maka timbullah masalah dan kelemahan
seperti berikut:-
- Kepincangan dalam sistem pengurusan stor menjejaskan kelancaran operasi harian organisasi
- Kurang kerjasama, persefahaman, salah dan buruk sangka di antara pengguna dengan pihak stor
- Pembaziran dan kerugian yang tinggi sering terjadi disebabkan oleh pegangan 'high stock level' atau 'zero stock balance'; atau 'obsolete stocks'
- Kakitangan yang tidak terlatih mewarisi sistem dan budaya kerja yang tidak produktif melalui pengalaman dan bimbingan yang diterapkan olehpekerja lama
Supaya masalah dan kelemahan seperti di atas tidak menjadi lebih kritikal, maka usaha yang lebih gigih dan jujur untuk meningkatkan lagi prestasi aktiviti pengurusan bekalan dan stor hendaklah diambil dan disegerakan. Latihan sebagai salah satu pendekatan yang efektif hendaklah diadakan agar pengurusan bekalan dan stor di organisasi anda menjadi lebih produktif, efektif dan efisyen.
Peserta akan dapat mengetahui dan memahami sejelas mungkin tentang konsep, prinsip dan teknik terkini yang lebih berkesan dalam aktiviti pengurusan bekalan dan stor. Di akhir kursus ini nanti adalah diharapkan peserta akan:
- menjadi lebih cekap, mahir dan produktif apabila mengendalikan urusan operasi pergerakan stok serta keselamatan rumah sto
- dapat mengamalkan nilai-nilai penjimatan kos dan peningkatan keuntungan melalui usaha-usaha mengurangkan pembaziran dan kawalan yang lebih sistematik, cekap dan berkesan
- menyedari akan pentingnya tanggungjawab dan sumbangan pihak bekalan dan stor sebagai khidmat sokongan dalam menjamin keberterusan segala urusan pentadbiran dan operasi harian organisasi
0 comments:
Post a Comment