Wanita Milenia sebagai Pemimpin - Comfori PKW Conference 2016


Wanita merupakan tonggak kepada kepimpinan Negara. Dewasa ini, wanita tidak lagi hanya menjadi tulang belakang kepada insan bernama lelaki,malah mereka kini berjaya menerajui sesebuah organisasi tanpa di bayangi lelaki. Wanita juga tidak mudah untuk dimanipulasi dan sentiasa berpendirian teguh dalam memperjuangkan hak hak mereka. Sambutan Hari Wanita juga telah diperkenalkan semenjak tahun 1992 dengan pengisian pelbagai aktiviti dan program berdasarkan tema yang telah ditentukan pada setiap tahun. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya mereka haruslah mempelajari bagaimana untuk menggunakan kepakaran yang ada untuk mencapai kejayaan. Menurut Governor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz ketika Forum Wanita Dalam Kepimpinan, 2011, penyertaan wanita dalam semua segmen ekonomi di Malaysia sememangnya telah mencapai kemajuan yang besar lantas membuktikan mereka mampu untuk memimpin dan berjaya dalam sektor awam dan juga swasta.



Satu inisiatif telah diambil oleh Comfori Sdn Bhd dengan menganjurkan satu persidangan untuk menghimpunkan pemimpin wanita sebagai panduan yang praktikal dan langkah yang efektif kepada golongan wanita milenia untuk terus maju ke peringkat eksekutif dalam organisasi, dan juga kepada wanita yang menyandang jawatan kanan dalam profesion mereka untuk mengambil langkah selanjutnya dalam melatih serta membimbing wanita muda. Persidangan yang akan memasuki edisi ke 6 pada bulan Mac ini telah berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin wanita dari pelbagai sektor sepanjang 5 edisi sebelumnya.



Comfori Sdn Bhd telah menyediakan satu platform untuk semua pemimpin wanita untuk memahami dan memperhalusi kelebihan wanita dan cara terbaik untuk menggunakannya untuk membantu dan menerajui organisasi. Persidangan Kempimpinan Wanita Edisi Ke 6 ini akan berlangsung pada 8 & 9 Mac 2016 bertempat di Park Royal Hotel,Kuala Lumpur. Peluang yang diwujudkan oleh Comfori Sdn Bhd, haruslah digunakan oleh setiap wanita yang bercita-cita tinggi dan pro aktif dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Antara speaker yang di jemput ialah Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed yang telah di anugerahkan sebagai “Wanita IKON “pertama Malaysia pada tahun 2007. Comfori juga menjemput, Prof. Madya Dr. Madeline Berma yang telah terlibat sebagai salah seorang Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita (MPPW) 2015 sempena sambutan Hari Wanita 2015 kali ke 53.

Dengan ini Comfori ingin mengalu-alukan semua wanita di luar sana untuk bersama-sama menghadirkan diri bagi memeriahkan persidangan ini. Di antara delegasi yang akan hadir persidangan ini ialah, Penolong Pengarah Bahagian Korporat dari MIMOS Berhad, Pengarah Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd, Pengurus Besar PERKESO, Pengarah Institut Pengurusan Kesihatan Sabah dan ramai lagi.
Comfori mengharapkan yang terbaik untuk semua delegasi yang hadir supaya persidangan ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Comfori manantikan kehadiran anda untuk bersama-sama kami dalam persidangan ini.


Kunjungi website www.comfori.com



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment