Perkhidmatan Pelanggan - Kursus Latihan by Comfori


Date: 16th Feb 2016                       By: Farhana


Pengenalan:

Perkhidmatan pelanggan adalah salah satu bahagian yang paling penting dalam mana-mana perniagaan. Mereka dipanggil barisan hadapan kerana mereka adalah titik hubungan pertama pelanggan dengan organisasi. Adalah amat penting memastikan mereka mempunyai asas yang kukuh dalam perkhidmatan pelanggan bagi memastikan setiap panggilan atau lawatan yang dilakukan pelanggan untuk kali pertama dan seterusnya adalah pengalaman yang menyenangkan.

Oleh itu adalah penting bagi kakitangan perkhidmatan pelanggan untuk menjalankan tugas mereka dengan cekap sepanjang masa. Dunia perniagaan yang begitu kompetitif pada masa kini telah membawa kita ke titik di mana kehilangan seorang pelanggan merupakan satu kerugian yang amat besar. Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan kakitangan perkhidmatan pelanggan semua kemahiran yang penting dalam memastikan mereka mampu memberikan perkhidmatan yang bertaraf lima bintang kepada pelanggan syarikat.


Objektif Kursus:
  • Menghayati konsep perkhidmatan pelanggan yang baik
  • Mendalami teknik pengendalian aduan yang berkesan
  • Memahami dan mengaplikasi pengetahuan dalam etiket social
  • Memahami peranan dan kepentingan imej professional



Artikel-artikel yang berkaitan:-

Khidmat Pelanggan



Untuk info selanjutnya, klik disini

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment