Tatacara Pengurusan Stor

AMALAN PENGURUSAN & PENYELENGGARAAN STOR

Date : 4th Feb 2016    By : Abdul Hafiz



PENGENALAN

Untuk menjamin kelancaran operasi kerja yang sememangnya memerlukan sokongan sumber bahan, peralatan, perkakasan, mesin dan jentera, maka tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah organisasi itu perlu memegang atau menyimpan stok. Hampir tiga puluh peratus belanja mengurus sesebuah organisasi melibatkan perolehan barang-barang atau stok. Stok yang disimpan memerlukan sistem pengurusan bekalan yang efektif  lagi efisyen berasaskan prinsip 6R supaya tidak berlaku pembaziran dan kerugian kepada wang yang dilabur oleh organisasi.Ramai di antara kita menyedari dan mengakui bahawa pengurusan modal yang terikat dalam bentuk stok adalah amat penting dan kritikal, namun dari segi realitinya ternyata sekali urusan mengurus stok dan rumah stor keutamaannya agak terkebelakang jika dibandingkan dengan lain-lain aktiviti pengurusan organisasi. Supaya masalah dan kelemahan seperti di atas tidak menjadi lebih kritikal, maka usaha yang lebih gigih dan jujur untuk meningkatkan lagi prestasi aktiviti pengurusan bekalan dan stor hendaklah diambil dan disegerakan. Latihan sebagai salah satu pendekatan yang effektif hendaklah diadakan agar pengurusan bekalan dan stor di organisasi anda menjadi lebih produktif, efektif dan efisyen.  

OBJEKTIF

Menjadi lebih cekap, mahir dan produktif apabila mengendalikan urusan operasi pergerakan stok serta keselamatan rumah stor
Dapat mengamalkan nilai-nilai penjimatan kos dan peningkatan keuntungan melalui usaha-usaha mengurangkan pembaziran dan kawalan yang lebih sistematik, cekap dan berkesan
Menyedari akan pentingnya tanggungjawab dan sumbangan pihak bekalan dan stor sebagai khidmat sokongan dalam menjamin keberterusan segala urusan pentadbiran dan operasi harian organisasi


SIAPA YANG PATUT HADIR





Antara peserta-peserta kursus 

                                           
                                                                                                             Request Brochure for LW003
                                                                                                                                                View Our Full Training Calendar

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment