Pelangi...
Apakah itu pelangi? Bilakah pelangi itu muncul? Kerapkah kita melihat pelangi? Mungkin ramai yang tidak tahu pelangi merupakan satu fenomena dimana ia merupakan cahaya yang berwarna-warni yang muncul di langit selepas waktu hujan. Cahayanya yang berwarna-warni dan berbentuk parallel antara satu sama lain menyerlahkan lagi keindahan alam ini.
Bagaimana pelangi itu terbentuk? Pelangi itu terbentuk daripada pantulan sinaran matahari dimana gabungan berbagai cahaya itu menghasilkan warna yang pelbagai. Pelangi itu mempunyai tujuh warna; merah, oren, kuning, hijau, biru, nila dan ungu. Warna lapisan pelangi ini dikenali sebagai spektrum warna. Setiap cahaya yang dihasilkan ditentukan oleh panjang gelombang yang berbeza-beza. Spektrum warna terhasil kerana biasan cahaya ke atas permukaan air.
Pelangi dilihat berbentuk busur kerana bentuk muka bumi yang bulat. Bukan itu sahaja, sudut pandangan mata manusia yang terbatas hanya mampu mentafsir bahawa pelangi berbentuk busur dari hujung sudut bumi ke hujung sudut yang lain.
Itulah pelangi. Fenomenanya sangat unik. Kehadirannya dilangit biru dapat melekakan pandangan mata. Mampu mencoret pelbagai cerita. Hanya dibalik warna pelangi itu sendiri...
0 comments:
Post a Comment