Banjir : Langkah- Langkah Persediaan

Langkah-Langkah Persediaan Menghadapi Banjir




Melihat kepada keadaan banjir yang  melanda negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia seperti Perak, Pulau-Pinang,Kedah dan Kelantan pada tahun lepas, walaupun sudah lama berlalu, kita seharusnya perlu menyediakan langkah – langkah  bagi menghadapi banjir.Hal ini disebabkan cuaca yang tidak menentu.

Antara langkah –langkah yang perlu disediakan : 
  1. Simpan dokumen-dokumen penting seperti sijil lahir anak-anak, sijil nikah, kad pengenalan, geran tanah, rumah, kereta dan sebagainya serta mudah ditemui sekiranya perlu berpindah.
  2. Menyimpan bekalan air bersih yang secukupnya sebagai stok minuman dan kegunaan memasak
  3. Menyimpan serba sedikit stok makanan kering  seperti beras, tepung, biskut, sardin dan minyak masak untuk kegunaan beberapa hari jika berlakunya kemungkinan anda tersekat tetapi  tidak sempat berpindah ke mana-mana pusat pemindahan mangsa banjir.
  4. Mengubah kedudukan kenderaan ke tempat yang lebih tinggi dan selamat daripada ditenggelami air (dalam pada itu, kena juga pastikan keselamatan kenderaan dengan menguncinya agar tidak berlaku perkara lain yang tidak diingini seperti pecah masuk, kecurian atau perbuatan khianat).

  5. Menyediakan keperluan asas yang patut didahulukan seperti susu dan lampin pakai buang anak-anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan pakaian yang sesuai seperti baju sejuk, tuala, stoking, selimut ( walaupun selalu ada sumbangan untuk mangsa banjir tetapi lebih baik beringat-ingat ) serta lain-lain keperluan yang mungkin diperlukan sebagai persediaan jika terpaksa berpindah.
 Cakna : Comfori Sdn Bhd 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment