Indahnya Menjemput Rezeki


INDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.. "JEMPUTLAH IA"



Rezeki adalah sangat luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan sedalam lautan. Tetapi sayangnya, manusia sentiasa menunggu kedatangan rezeki. ‘Rezeki, Allah Yang Pegang, Minta dengan DIA dahulu’.

Cara yang paling mudah untuk menjemput rezeki adalah dengan bersedekah. Pada zahirnya,masih ramai yang tidak tahu bahawa dengan bersedekah mampu membawa rezeki yang melimpah ruah.  Bersedekah bukan sahaja dalam bentuk duit, tetapi dari senyuman juga merupakan sedekah. Bersedekahlah dengan seikhlas hati. 

Jangan mengharapkan balasan yang melimpah apabila menjemput rezeki. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan. Apabila bersedekah,  berikanlah sesuatu yang berguna dan masih dalam keadaan baik.
Jemputlah rezeki dengan berdoa. Usainya melakukan kerja janganlah sesekali kita lupa untuk berdoa bagi memohon keberkatan daripada Pencipta.

Indahnya menjemput rezeki dengan menunaikan solat. Ramai yang alpa dan tidak tahu bahawasanya dengan menunaikan solat sunat dhuha dapat menjemput rezeki dengan begitu mudah. Lakukanlah di awal pagi sebelum bekerja sebelum tengahari.
Sama-samalah kita menjemput rezeki. Indahnya menjemput rezeki kita J

Coretan : Comfori Sdn Bhd

 # training provider

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment