Adakah Penting Amalan
Pengurusan & Penyelenggaraan Stor?
Kekurangan pemerhatian
pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab ke atas aktiviti pengurusan stor
menimbulkan masalah dan kelemahan seperti berikut:-
Kepincangan dalam sistem
pengurusan stor menjejaskan kelancaran operasi harian organisasi
Kurang kerjasama,
persefahaman, salah dan buruk sangka di antara pengguna dengan pihak stor
Pembaziran dan kerugian yang
tinggi sering terjadi disebabkan oleh pegangan 'high stock level' atau 'zero
stock balance'; atau 'obsolete stocks'
Kakitangan yang tidak terlatih
mewarisi sistem dan budaya kerja yang tidak produktif melalui pengalaman dan
bimbingan yang diterapkan olehpekerja lama
Untuk mengatasi masalah dan
kelemahan seperti di atas tidak menjadi lebih kritikal, maka usaha yang lebih
gigih dan jujur untuk meningkatkan lagi prestasi aktiviti pengurusan bekalan
dan stor hendaklah diambil dan disegerakan. Latihan sebagai salah satu
pendekatan yang efektif hendaklah diadakan agar pengurusan bekalan dan stor di
organisasi anda menjadi lebih produktif, efektif dan efisyen.
KURSUS
: AMALAN PENGURUSAN & PENYELENGGARAAN STOR | 16 &17 JANUARI 2017 @
VISTANA HOTEL, KUALA LUMPUR (Training Confirmed!)
Peserta akan dapat mengetahui
dan memahami sejelas mungkin tentang konsep, prinsip dan teknik terkini yang
lebih berkesan dalam aktiviti pengurusan bekalan dan stor. Di akhir kursus ini
nanti adalah diharapkan peserta akan:
- Menjadi lebih cekap, mahir dan
produktif apabila mengendalikan urusan operasi pergerakan stok serta
keselamatan rumah stor.
- Dapat mengamalkan nilai-nilai
penjimatan kos dan peningkatan keuntungan melalui usaha-usaha mengurangkan
pembaziran dan kawalan yang lebih sistematik, cekap dan berkesan
- Menyedari akan pentingnya
tanggungjawab dan sumbangan pihak bekalan dan stor sebagai khidmat
sokongan dalam menjamin keberterusan segala urusan pentadbiran dan operasi
harian organisasi.
0 comments:
Post a Comment