Menggemparkan!! Kejadian luar biasa yang berlaku semasa banjir di KL


Hujan lebat semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar KL ditenggelami air. Kebanyakkan jalan yang terjejas adalah jalan utama antaranya jalan Bangsar, Jalan Pudu, Jalan Semantan dan Jalan Pantai Baharu.

Hujan lebat mulai turun sekitar 7.30 malam menyebabkan keadaan trafik pada masa itu sesak. Hujan lebat menyebabkan air naik dengan pantas sehingga menyebabkan beberapa buah kenderaan tenggelam.

Kejadian ini merupakan sesuatu yang luar biasa kerana dalam masa yang singkat, air boleh membanjiri jalan dan menenggelamkan kenderaan. Orang ramai ketika itu berusaha keluar dari kenderaan masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tidak kurang juga pengguna motorsikal bertindak melalui laluan bertentangan untuk menyelamatkan motorsikal masing-masing.

Peristiwa yang berlaku semalam mengingatkan kita akan banjir kilat pada tahun 2007. Hujan lebat yang melanda sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan perubahan angin  monsun timur laut ke angin monsun barat daya. Selain itu, keadaan panas yang kita  alami dek kerana fenomena el-nino menyebabkan cuaca jadi tidak menentu. Tambahan pula, pembangunan yang pesat telah menyebabkan air larian permukaan  terlalu deras. Penyempitan sungai disebabkan pembangunan telah menghalang air  mengalir ke laut dengan cepat. Itu adalah beberapa faktor kepada permasalahan banjir kilat semalam. 


Disini ade beberapa cara untuk mengatasi banjir:-

1) Menyediakan sistem perparitan - sentisa membersihkan parit dan membuang bahan-bahan kumuh yang menghalang air parit mengalir

2) Projek pendalaman sungai - mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai

3) Memelihara hutan - hutan boleh menjadi kawasan tadahan yang mampu mnyerap air hujan daripada terus mengalir terus ke bumi

4) Mengawal aktiviti manusia




Photo from http://www.siakapkeli.my/2016/05/10-gambar-kuala-lumpur-dilanda-banjir.html

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment