Tips Kesihatan : Jerebu Oh Jerebu

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca – Punca Jerebu

·        ·  Pembakaran Secara Terbuka
·        ·     Asap Dari Kilang
·        ·  Asap Dari Kenderaan

Kesan dan Simtom Akibat Jerebu:
  •     Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
  •     Sukar bernafas atau sesak nafas.
  •     Mata pedih dan berair.
  •     Hidung berair dan kerap bersin.
  •     Kulit badan terasa gatal-gatal.
  •     Sakit-sakit dada.
Langkah Mencegah Jerebu
  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Pakai mask atau topeng penutup hidung dan mulut
  • Gunakan penghawa dingin ketika memandu
  • Banyakkan minum air kosong
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar
  • Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simtom akibat jerebu
Golongan Terdedah Kepada Kesan Jerebu
  •    Kanak-kanak.
  •     Orang tua.
  •     Perokok.
  •     Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
  •     Asma.
  •     Bronkitis.
  •     Radang paru-paru.
  •     Penyakit paru-paru yang kronik.
  •     Penyakit jantung.
  •     Alahan.


 Sumber : melvister.com

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment