Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2018


Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2018
27 & 28 Jun, 2018 @ Hotel Istana Kuala Lumpur 
‘Memacu Ke Arah Pembangunan Sumber Manusia’

Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2018 adalah platform perbincangan mengenai isu dan cabaran semasa yang meliputi pengurusan dan pembangunan modal insan seperti penggunaan teknologi dalam pengurusan yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) dan kelebihan kaedah pengkomputeran mengikut beberapa fungsi dalam pengurusan sumber manusia seperti latihan, pampasan, rancangan & pembangunan sumber manusia.  Persidangan ini mengumpulkan pakar dalam industri bagi membincangkan strategi dan inisiatif pengurusan sumber manusia yang terdiri daripada badan korporat dan agensi kerajaan untuk menerajui pembangunan modal insan negara seiring dengan perubahan global.

Persidangan Tahunan “Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan” 2018 menampilkan barisan pemimpin dalam organisasi dan pengamal HR yang terbaik untuk berhubung dan mengetengahkan strategi pengurusan dan perkhidmatan HR dan isu-isu berkaitan peranan HR yang semakin kompleks, dalam usaha membantu organisasi untuk terus berkembang lebih kukuh. 

Tema-tema utama yang akan dibincangkan adalah: 
Realiti dan trend pengurusan bakat di Malaysia
Mengurus & mengelola pengambilan tenaga kerja 
Kepentingan HR yang semakin berkembang sebagai rakan kongsi perniagaan strategik
Strategi dalam menghasilkan pemimpin masa depan
Teknologi, analisis tenaga kerja untuk pengurusan bakat
Menilai, mengambil dan membangunkan yang terbaik
Revolusi digital HR

Di Akhir persidangan, delegasi akan mendapat,
Menetapkan halatuju strategik pengurusan sumber manusia
Mengurus pekerja yang berkualiti
Membangun kompetensi tenaga kerja 
Mengurus prestasi, pengiktirafan dan ganjaran  tenaga kerja
Membentuk budaya kerja berprestasi tinggi

Persidangan ini direka khusus untuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengarah, Pengarah Urusan, Ketua, Ketua Jabatan, Pengurus, Penolong Pengurus, Pegawai, Senior Personnel dan Eksekutif daripada Jabatan Sumber Manusia atau Modal Insan.

Untuk maklumat lanjut mengenai brochure penuh dan borang pendaftaran, 
sila hubungi Nisa Ibrahim
nisa.ibrahim@comfori.com
03-56213630 / 017-6845886


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment