PERSIDANGAN PENGURUSAN & KEPIMPINAN DINAMIK 2017


 “Merentasi Perspektif Generasi Dalam Organisasi”
13 & 14 Sept 2017 @ Kuala Lumpur

Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, trend kepimpinan telah berkembang, melibatkan pengembangan kaedah pembangunan kepimpinan dan kesedaran tentang kepentingan hubungan pemimpin dengan orang lain.  Peranan pihak pengurusan juga telah berkembang dengan masa untuk membawa penambahbaikan kepada organisasi dan pekerja. 
Dalam era kini, pembangunan kepimpinan adalah lebih tertumpu kepada konteks di mana kepimpinan digunakan, bagaimana untuk memaksimumkan manfaat daripada kemahiran kepimpinan, kemajuan dalam globalisasi serta langkah-langkah inovatif pada sifat kepimpinan dan pembangunan kepimpinan. Ia telah diiktiraf dan diterima bahawa trend kepimpinan yang sesuai untuk satu pemimpin dalam satu organisasi, mugking tidak sesuai untuk yang lain kerana ia bergantung pada keadaan yang terlibat dan jenis personaliti pemimpin. Tetapi satu perkara yang telah dipersetujui secara konsisten sepanjang masa adalah; pemimpin sebenar mesti berupaya untuk menginspirasi pasukan masing-masing. Dalam ekonomi baru, pengurus tidak hanya dicari untuk menetapkan tugas dan menganjurkan orang bawahan tetapi juga untuk memupuk kemahiran, mengembangkan bakat dan memberi inspirasi kepada orang bawahan mereka.  Kepimpinan dan pengurusan adalah yang terbaik apabila mereka bergerak seiringan. 

Oleh itu Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik akan menekankan mengenai trend kepimpinan dan pengurusan semasa yang digunakan dalam organisasi di Malaysia dengan mengambil kira cara-cara menangani cabaran moden dan mengambil kesempatan pada peluang yang ada  ke arah menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Selain itu, Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik akan menyediakan platform rangkaian peringkat tinggi untuk membawa bersama-sama beberapa pemimpin untuk berkongsi dan bertukar idea mengenai isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan kepimpinan.

Persidangan Pengurusan & Kepimpinan Dinamik 2017 ini dianjurkan khas bagi pemimpin dan pembuat keputusan peringkat atasan seperti CEO, COO, CTO, CIO, Ketua-ketua, Presiden, VP,Pengarah, GM dan kakitangan kanan termasuk Kerajaan Tempatan, Agensi & Pihak Berkuasa serta wanita-wanita dari organisasi-organisasi berikut:

Sektor awam dan swasta 
Pembuat keputusan dari sektor korporat
Badan-badan NGO
Pengurus –pengurus
Usahawan

Dan bahagian-bahagian lain yang terlibat dari pelbagai latar belakang dan industri. 

Maklumat lanjut mengenai persidangan ini, sila hubungi 
Nisa Ibrahim , 03-56213630 / nisa.ibrahim@comfori.com 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment