TAJUK : Tips Motivasi Keyakinan Diri Datuk Dr. Maznah (Iron Lady Malaysia)
Terdapat 9 cara untuk mendapat kenyakinan diri. Antaranya seperti berikut:
1. Sematkan pada fikiran anda gambaran diri anda yang berjaya. Minda ‘separuh sedar’ anda akan mencari jalan untuk merealisasikan imej diri ini.Bila fikiran negatif mendatangi minda anda, terus batalkannya, padamkan cepat – cepat,gantikan dengan fikiran positif. Fikirkan Boleh!
2. Jangan sesekali himpunkan halangan dalam imiginasi anda. Imbas kembali kecemerlangan anda pada masa lampau.
3. Jangan mudah terpengaruh atau terpesona dengan orang lain atau cuba meniru mereka. Lengkapkan diri untuk menjadi ‘diri anda’ yang terbaik!
4. Ulangi 10 kali setiap hari, kata – kata ini, “Sekiranya Tuhan sentiasa bersamaku, siapa yang berani merendah atau menidakkan aku!”
5. Dapatkan kaunselor yang berpengalaman untuk membantu anda memahami asal-usul perasaan rendah diri anda yang biasanya berpunca dari zaman kanak – kanak atau sesuatu tragedi. Kefahaman tentang diri sendiri boleh menghasilkan pemulihan yang berkesan!
6. Ucapkan 10 kali setiap hari, ucapkan dengan yakin kata – kata berikut, “Akulah yang boleh melakukan segalanya melalui Tuhan yang memberi kekuatan kepada diriku”. Bayangkan diri anda diserapi kekuatan ini.
7. Anggarkan kebolehan anda secara realistik, kemudian tambahkan anggaran anda sebanyak 10% lagi. Jangan menjadi egoistik, tetapi bangunkan rasa hormat diri sepenuhnya.
8. Melalui doa, serapkan diri anda dengan aliran kuasa spiritual anda. Rasakan diri anda sebagai insan baru yang berkeyakinan.
9. Percayalah bahawa Tuhan sentiasa bersama anda, kerana tiada apa yang dapat mengalahkan perkongsian itu. Semaikan benih percayakan diri dan serlahkan kebolehan anda!
Sumber Rujukan asal Ebook Copy Paste Millionaire
Ingin menjadi seperti Iron Lady Malaysia? Daftar sekarang untuk Persidangan Kepimpinan Wanita 2017 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.
Persidangan Kepimpinan Wanita 2017 ini adalah sebagai platform yang komprehensif untuk memupuk dialog dan perkongsian amalan terbaik dengan memfokuskan aspek-aspek berikut:
a) Pembangunan peribadi
b) Pengurusan kesihatan mental – peningkatan EQ
c) Seimbang antara kerjaya dan keluarga
d) Kisah kejayaan, apakah cabaran dan cara untuk mengatasi
e) Isu-isu dan strategi berkenaan kepimpinan wanita
f) Kepimpinan wanita & perkasakan dalan jawatan pengarah syarikat
g) Pengurusan konflik – bagaimana untuk mengendalikan gangguan / diskriminasi di tempat kerja
h) Gen Y & wanita Milenia – pendedahan mengenai cara pendekatan yang lebih efektif dan sesuai untuk gen tersebut
i) Bagaimana memupuk sikap positif
Untuk menyertai persidangan ini, sila hubungi kami 03-56213630 atau info@comfori.com
0 comments:
Post a Comment