Selepas sebulan berpuasa, tekak kita terasa teringin untuk makan segala jenis makanan. Tambahan pula, pelbagai jenis juadah disediakan membuatkan kita lupa untuk menjaga pemakanan kita sendiri.
Kegagalan melawan nafsu makan menyebabkan badan kita naik secara mendadak. Tubuh badan kita dipenuhi dengan lemak dan kolestrol dimana akhirnya akan membuatkan badan kita mudah ditimpa segala penyakit.
Disini terdapat beberapa tips untuk diet dengan sihat di hari raya:-
1) Makan secara bersederhana
Salah satu cara yang berkesan untuk mengawal berat badan adalah dengan cara makan secara perlahan. Tidak perlu makan secara berlebihan dengan niat untuk membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan. Seperti yang diketahui, hidangan di hari raya kebanyakkannya terdiri daripada makanan berat seperti rendang daging/ayam, lemang dan ketupat, lontong, dan sebagainya. Pentingnya untuk kita menjaga etika dalam pemakanan.
2) Kurangkan makanan berminyak dan kolestrol
Bila membincangkan tentang makanan berminyak dan berkolestrol ini, ianya agak sukar untuk dipisahkan. Setiap pemakanan yang kita ambil di hari raya boleh dikatakan banyak yang berminyak dan berkolestrol. Apa yang kita perlu jaga untuk tetap diet adalah dengan mengurangkan kuantiti makanan itu sendiri. Tidak salah untuk makan makanan yang berminyak dan berkolestrol asalkan tahu kuantiti yang diambil. Mungkin anda boleh banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan setelah mengambil makanan yang berminyak dan berkolestrol agar memudahkan penghadaman. Penghadaman yang lancar boleh menghalang lemak terkumpul di dalam badan.
3) Kurangkan minuman bergas dan manis
Bab ini memang lebih fokus kepada mereka yang gemar minum air yang manis / bergas. Selalunya budak-budak yang lebih suka minum minuman ini. Ini kerana minuman yang bergas / manis rasanya amat lazat. Tapi minum secara berlebihan akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit kencing manis. Tidak mustahil bagi mereka yang berusia muda mengalami penyakit seperti ini. Untuk meneutralkan gula di dalam badan, adalah penting untuk banyakkan minum air kosong. 8 gelas sehari sudah cukup untuk membuang asid dan toksin di dalam badan.
Pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang penting untuk memastikan diet di hari raya berjalan dengan lancar. Piramid dibawah menunjukkan kategori makanan beserta kekerapan diambil untuk satu hari. Rujuk gambar di bawah:-
\
5) Lakukan senaman
Hendaklah kita melakukan senaman 3 kali seminggu atau minimum sekali seminggu untuk memastikan kecerdasan badan dan mental. Senaman itu dapat membantu untuk memperlambatkan prosess penuaan. Dengan bersenam, wajah seseorang itu lebih berseri dan badan akan menjadi cergas. Badan yang cergas dapat merangsang otak untuk berfikir dengan lebih pantas dan cekap. Bukan itu sahaja, bersenam juga dapat membantu untuk mencegah pelbagai penyakit.
Jadi, marilah kita sama-sama menjaga pemakanan di hari raya ini dan pastikan anda mengamalkan diet yang sihat.
0 comments:
Post a Comment