Gambar sekadar hiasan
Hari Raya Aidilfitri pastinya antara detik yang dinanti-nanti oleh ramai orang. Tidak kira di kampung atau di bandar, Hari Raya Aidilfitri pasti akan diraikan bersama keluarga yang tersayang dan akan disambut secara meriah terutamanya oleh kanak-kanak.
Setiap tahun kita semua menyambut hari raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Meraikan selamat berpuasa sebulan. Shopping dan sales sana sini sudah pasti. Bukan saja baju nak baru, kalau boleh perabot satu rumah pun nak tukar design baru dan impian mencapai kemahuan ini amat berisiko membawa kepada overspending, terlebih belanja yang selalunya akan mengganggu budget belanjawan bulan seterusnya.
Gambar sekadar hiasan
Disini kita akan berkongsi sedikit tips bagaimana cara untuk berjimat cermat:-
1) Berbelanja mengikut kemampuan - rancang budget anda dan sentiasa beringat situasi kewangan anda, jangan sekali-kali 'lebih nafsu dari mampu'
2) Letak keutamaan/priority dalam setiap perbelanjaan anda - antara perabot dengan makanan, atau pakaian dengan duit raya, yang mana lagi penting. Ingat, mesti ikut budget!
3) Sediakan segala keperluan raya di awal waktu, elakkan pembelian saat akhir kerana ini boleh membawa kepada over budget kerana masa yang suntuk dan pilihan yang tidak banyak.
4) Jangan lupa simpanan anda - walaupun nak raya, simpanan tetap kena simpan (minimum 10% dari gaji). Mana la tau tiba-tiba emergency at least anda sudah bersedia.
0 comments:
Post a Comment