Laporan dan kertas kerja wujud kerana aktiviti perniagaan memerlukan maklumat untuk berfungsi. Setiap orang pekerja, setiap orang penyelia dan setiap orang pengurus perlu kepada maklumat untuk melaksanakan tugas masing-masing.
Di peringkat organisasi yang lebih tinggi keperluan kepada maklumat juga bertambah kompleks. Ini memerlukan kepada penyusunan dan persembahan maklumat yang lebih berstruktur dan mudah difahami oleh semua pihak.
Kursus ini akan menunjukkan kepada anda kaedah penulisan laporan dan kertas kerja secara efektif dan akan membantu anda menghasilkan output yang terbaik. Petunjuk-petunjuk yang diberikan akan membantu anda memastikan laporan dan kertas kerja yang anda tulis akan mencapai hasil seperti yang diharapkan.
OBJECKTIF KURSUS INI IALAH:-
- Menerangkan kepentingan komunikasi di dalam perniagaan, terutama komunikasi bertulis
- Menyatakan rasional kenapa laporan perniagaan dan kertas kerja ditulis
- Menjelaskan ciri-ciri utama laporan perniagaan dan kertas kerja yang baik dan berkesan
- Mengambil langkah-langkah dan tindakan yang perlu untuk menulis laporan perniagaan dan kertas kerja yang baik dan berkesan
SIAPA YANG PATUT HADIR:-
Para pengurus, eksekutif dan ketua bahagian dan unit yang terlibat secara langsung dengan penulisan laporan dan kertas kerja.
Anda mungkin meminati kursus pada bulan May 2017 seperti di bawah:-
0 comments:
Post a Comment