Permasalahan Pengurusan Rekod


APLIKASI DAN AMALAN 5S DALAM PENGURUSAN REKOD DAN FAIL 
Date : 2 & 3 March 2016  By : Aishah Musa


Pengenalan
5s adalah 5 perkataan Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton ( Susun) , Seiso (Sapu ) , Seiketsu (Seragam), Shitsuke ( Sentiasa Amal). Konsep 5S ini amatlah sesuai diamalkan dan ianya merupakan satu keperluan dan amalan asas bagi meningkatkan produktiviti.
Dalam bidang pengurusan rekod, pelaksanaan 5S ini akan memberi kesan yang efektif dan juga akan membawa banyak bahan kepada agensi dan juga memberi keselesaan bekerja kepada semua warga kerja. Tempat simpanan rekod/fail dikemas, bersih serta dapat melupuskan mana-mana rekod yang tidak bernilai kekal dan dapat mengenalpasti rekod- rekod bernilai kekal dan diuruskan mengikut prosedur.
Apabila semua aspek 5S diamalkan dalam bidang pengurusan rekod, semua maklumat /dokumen diuruskan dengan lebih teratur dan sistematik.

Objektif
Hasil daripada pengamalan 5s dapat mencapai pemahaman dan kaedah-kaedah bagaimana dapat :
  • Meningkatkan produktiviti, kualiti perkhidmatan, penjimatan kos, ruang, peralatan, masa
  • Meningkatkan kecekapan 
  • Mewujudkan suasana yang selesa/ bersih di tempat kerja
  • Meningkatkan imej agensi 


Siapa Yang Patut Hadir
  •          Pekerja pentadbiran
  •          Pembantu Pejabat
  •          Pembantu Peribadi
  •          Setiausaha
  •          Kerani kakitangan sokongan
  •          Kakitangan sokongan
  •          Kakitangan pemfailan
  •          Penyelia pemfailan

Kandungan Kursus
Modul 1 : Konsep Dan Praktis Dalam Pengurusan Rekod
Modul 2 : Seiri ( Sisih )
Modul 3 : Seiton ( Susun )
Modul 4 : Seiso ( Sapu )
Modul 5 : Seiketsu ( Seragam )
Modul 6 : Shitsuke ( Sentiasa Amal ) 


Dapatkan beberapa testimonial yang menarik dari kami. Klik di sini.

 Artikel yang berkaitan :



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment