Punca Batuk dan Cara untuk Mengatasinya....

Sedang duduk di atas kerusi empuk....dengan mata memandang PC sambil jari-jemari sedang rancak menari di atas papan keyboard...suasana sepi ketika masing2 asyik sibuk menyiapkan tugasan seharian...terdengar sayup suara mereka yang tidak berapa sihat kedengaran....uhukkk...uhukk...uhukk...cube ku amati sepenuhnya....uhukk...uhukk..uhukk...tekaan ku tepat...itulah batuk...salah satu virus yang menular di office ku...

gambar sekadar hiasan

Apakah punca batuk sebenarnya????Ye...batuk ni ade pelbagai jenis...ade batuk berdarah...batuk berkahak..dan paling bahaya ialah batuk kering...Gejala batuk kering ni menyebabkan tekak kita terasa gatal dan boleh menyebabkan suara kita hilang...

Batuk kering ini terjadi disebabkan rangsangan dari makanan, alergi terhadap bau, debu dan asap rokok, serta perubahan cuaca yang mendadak...Selalunya penyakt batuk kering ni akan menyebabkan seseorang selsema....

Selain itu, ade beberapa sebab mengapa batuk kering itu terjadi....

(1) Mereka yang mempunyai penyakit asma
(2) Mereka yang suka makan benda asam seperti jeruk dan sebagainya..
(3) Mereka yang mempunyai tindakbalas apabila memakan ubat tertentu..
(4) Mereka yang mempunyai penyakit paru-paru...

Disini terdapat kaedah tradisional untuk mengubati penyakit batuk kering ini..antaranya ialah:-

(1) madu campur perahan air lemon
(2) air jeruk nipis yang bercampur dengan madu atau kicap manis
(3) air rebusan daun sirih bercampur dengan cengkih dan kayu manis

Same-samelah kita usahakan untuk mencegah batuk kering ini...

CONVERSATION