Cara
Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya
Motivasi
adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian
semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat
sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa
nak buat untuk capai impian itu.
Perbezaan
yang paling ketara antara orang biasa dan orang yang luar biasa adalah bagaimana
mahu menguruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi.
Di sini
saya lampirkan beberapa cara terhebat untuk motivasi diri sendiri bagi mencapai
kejayaan.
1. Adakan
“Vision Board”
Adakah
anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar
apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu
ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh
tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam
gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.
Ia sangat
berkesan bagi membantu untuk mencapai keinginan yang diimpikan.
2.
Tulis Impian Yang Diinginkan Setiap Hari
Apa
yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu pagi
sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap
hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap
hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda
apa yang anda nak capai dalam hidup ni.Anda telah mengambil langkah pertama
untuk tekad nak capai juga targetanda bila anda tulis ia di atas kertas.
3. Inspirasikan
Kejayaan Orang Lain
Ia
adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri.Bacalah
cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah
penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya
bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung
termotivasi.Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari
video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.Anda juga boleh temuramah
orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang
terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai
seperti mereka.
4.
Fokus Dengan Apa Yang Diimpikan
Apa
yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan
pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah
besar yang diidam-idamkan.
Yang memberi motivasi adalah hasil apa yang kita nak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ye, minda kita lah yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.
Yang memberi motivasi adalah hasil apa yang kita nak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ye, minda kita lah yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.
5.
Gunakan Sistem Hadiah
Guna
Hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate
pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika
anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini, anda boleh hadiahkan
diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan
lain-lain.
Comfori Sdn Bhd
0 comments:
Post a Comment