Persidangan Kepimpinan Wanita 2011

eiring dengan pembangunan Malaysia sebagai negara membangun, tanggungjawab dan peranan wanita dalam pembangunan negara semakin penting dan berkembang. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama terdapat pelbagai isu-isu penting berkaitan hak-hak dan cabaran konservatif yang perlu dihadapi, ditangani dan diperbincangkan bersama oleh ikon-ikon wanita negara dan para ilmuan.

Dengan tujuan mengupas isu-isu dan cabaran-cabaran semasa dalam aspek peranan dan sumbangan wanita Malaysia dari pelbagai bidang, Persidangan Kepimpinan Wanita 2011 dianjurkan oleh Comfori Sdn. Bhd. di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 21 & 22 November 2011. Persidangan ini yang dihadiri oleh lebih kurang 70 delegasi terdiri daripada pemimpin-pemimpin wanita di Malaysia, telah dirasmikan oleh Puan Wan Hasmah Wan Mohd, Ketua Pengarah di Jabatan Pembangunan Wanita.

Sepertimana Datuk Seri Dr. Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia menekankan kepentingan kemajuan wanita sedunia sebagai teras pembangunan, persidangan dua hari ini mendedahkan delegasi kepada isu-isu seperti transformasi wanita di Malaysia, hak wanita dari konteks perundangan, tanggungjawab wanita dalam kerjaya dan rumahtangga dan lain-lain lagi. Selain itu, persidangan ini menyediakan platform perbincangan untuk mengetengahkan dan mengulas isu-isu wanita terkini yang berhubungkait dengan kepimpinan wanita dalam pembangunan negara dan unsur-unsur kepimpinan dalam diri.

Persidangan ini dibarisi oleh panel speaker jemputan yang sangat dinamik dari pelbagai industri, iaitu:
  1. Puan Wan Hasmah Wan Mohd, Ketua Pengarah di Jabatan Pembangunan Wanita
  2. Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Haji Abdul Karim, Ketua Satu Pertubuhan Tindakan Islam Malaysia (Pertiwi)
  3. Dr. Roziah binti Mohd Rasdi, Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, University Putra Malaysia
  4. Asst. Professor Dr. Solehah Yaacob, International Islamic University Malaysia
  5. YM Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Nineteen O One Sdn. Bhd.
  6. Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Ketua Pegawai Eksekutif, Eskayvie Sdn Bhd
  7. Ms. Betty Yeoh, All Women’s Action Society Malaysia
  8. Puan Hajjah Ainon binti Hj. Kuntom, Pengerusi, MRP Advisory Services Sdn. Bhd., Pengarah Riger Corporation
  9. Assc. Professor Dr. Rusni Hassan, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia
  10. Prof. Madya Dr. Harllina Halizah Hj. Siraj, Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  11. Dr. Harlina Halizah binti Hj. Siraj, Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Di samping itu, kehadiran Bizzy Body, Worthy Book, Earth Again dan Nutox Oxyfusion sebagai penaja dapat memeriahkan lagi majlis persidangan ini. Selain itu, persidangan ini turut mendapat sokongan daripada Sisters in Islam. Majalah-majalah termasuklah Franchise Asia, Her World dan Natural Health turut serta sebagai rakan media rasmi untuk persidangan ini.

Tanpa sokongan daripada semua pihak, persidangan kepimpinan wanita yang dianjurkan untuk pertama kali ini tidak akan berjalan dengan lancar. Para penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan persidangan ini. Dengan itu, para penganjur ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa persidangan kepimpinan wanita ini akan dianjurkan sekali lagi pada tahun hadapan. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, sila hubungi Huey Ying di hueyying.leong@comfori.com. 


CONVERSATION

1 comments:

  1. Great tips, many thanks for sharing. I have printed and will stick on the wall! I like this blog. Negotiation Training Courses Sydney

    ReplyDelete