Salam Maulidur Rasul - 1437H / 2015M



Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Setiap tahun, pada tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah islam merupakan satu tarikh keramat bagi umat islam di seluruh pelusuk dunia. Sempena sambutan maulidur rasul pada tarikh 24 disember 2015 yang bertemakan “ Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Kami di Comfori Sdn Bhd ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1437 H/2015 M. 

Post by : Comfori Sdn Bhd 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment